Wednesday, February 2, 2011

Sedikit perkongsian ilmu

Beberapa hari yang lepas,saya mempelajari sebuah hadis di sekolah yang bertajuk:
"Seorang muslim yang sempurna ialah yang menyelamatkan orang-orang islam yang lain dari lidahnya dan tangannya." Hadisnya seperti ini-

Daripada 'Abdullah bin 'Amrin r.a,daripada Nabi SAW telah bersabda:Seorang muslim yang sempurna ialah yang menyelamatkan orang-orang islam yang lain dari lidahnya dan tangannya dan orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah ke atasnya.

Hadis ini menjelaskan bahawa kita sebagai orang islam tidak boleh menyakiti hati saudara seislam kita baik dari segi percakapan atau perbuatan.Bukan itu sahaja malah hadis ini juga menjelaskan bahawa hijrah yang hakiki adalah sentiasa memperbaiki diri kita dengan mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya.

Beberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada hadis ini adalah:
a)Wajib ke atas setiap muslim menghormati saudaranya dan haram menyakitinya
b)Wajib ke atas muslim meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah ke atasnya

Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mempraktikkan hadis ini.Insya Allah...

0 comments:

Post a Comment

 
Share |